Assalamualaikum..
hai semua... korang.. korang.. korang.. korang tgk x drama yang sdg hot dalam slot Akasia skrg.. tajuk drama tu "PLAYBOY ITU SUAMI AKU" yang ditayangkan setiap hari isnin-khamis jam 7 malam.. 7 malam??? ha... pastikan korang solat maghrib dulu baru tgk drama nie tau.. hahaha... best citer nie.. mula2 aku x nak tgk.. tp bila dah balik umah then aku tertengok... terasa nak tgkkk je keje.. hahaha.. *ok.. mengarut*..drama nie sweetttt sgtt.... n sedar x sedar pejam celik xpejam pon xper, hari ni da episod 24.. dah nak hbis da drama nie...
ni sinopsis drama Playoboy Itu Suami Aku:
Mengisahkan Afina, seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian seorang playboy.Pelbagai perkara terjadi diawal perkenalan mereka berdua. Ibu Adrian tertarik dengan penampilan Afina maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan ingin menarik diri .Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Perkara yang tidak diduga berlaku, Afina telah terlibat dalam kemalangan. Semuanya mula berubah. Apakah yang berlaku kepada pasangan ini?