Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Playboy Itu Suami Aku

Assalamualaikum.. 

hai semua... korang.. korang.. korang.. korang  tgk x drama yang sdg hot dalam slot Akasia skrg.. tajuk drama tu "PLAYBOY ITU SUAMI AKU" yang ditayangkan setiap hari isnin-khamis jam 7 malam.. 7 malam??? ha... pastikan korang solat maghrib dulu baru tgk drama nie tau.. hahaha... best citer nie.. mula2 aku x nak tgk.. tp bila dah balik umah then aku tertengok... terasa nak tgkkk je keje.. hahaha.. *ok.. mengarut*..drama nie sweetttt sgtt.... n sedar x sedar pejam celik xpejam pon xper, hari ni da episod 24.. dah nak hbis da drama nie...

ni sinopsis drama Playoboy Itu Suami Aku:
Mengisahkan Afina, seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian seorang playboy.Pelbagai perkara terjadi diawal perkenalan mereka berdua. Ibu Adrian tertarik dengan penampilan Afina maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan ingin menarik diri .Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Perkara yang tidak diduga berlaku, Afina telah terlibat dalam kemalangan. Semuanya mula berubah. Apakah yang berlaku kepada pasangan ini?




OST Playboy Itu Suami Aku - Encik Mimpi - Rindukanlah




0

Kempen Perangi Denggi



Apa itu Demam Denggi
Demam denggi adalah disebabkan oleh Virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.
Tanda dan Gejala
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti :
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Apakah akan terjadi sekiranya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada Demam Denggi Biasa atau Demam Denggi Berdarah yang boleh membawa maut.
Demam Denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :-
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah perlu dilakukan untuk mencegah Demam Denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah Demam Denggi:
  • Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    1. Membuang bekas yang boleh menakung air
    2. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
    3. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
    4. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    5. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  • Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  • Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti :
    1. Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    2. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    3. Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar sewaktu keluar rumah
    4. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup


sumber: MBKT

0

Kerjaya Sebagai Akauntan






Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwalperakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

Keterangan Tugas akauntan

 Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

 Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

 Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

 Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

 Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

 Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

 Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

 Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

 Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

 Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

 Akauntan

 Juruaudit

 Akauntan, Kos

 Akauntan, Cukai

 Bendahari

 Setiausaha Syarikat

 Juru Perunding

 Penolong Akauntan

 Kerani Akaun


Ciri-Ciri Peribadi

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.
Prospek Kerjaya seorang akauntan

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan. 




sumber: Tips Kerjaya

0

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 
 
2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
 
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 
 
4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 
 
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
 
Wallahua'lam.

sumber: Puspanita
0

Quotes :)


0

Tahniah Che Ta & Zain

Tahniah buat Cik Ta dan Zain yang dah bergelar sebagai seami isteri... wahhh.. akhirnya kawin jugak mereka berdua... dgr citer majlis pernikahan meraka super duper grand n awesome... semoga che ta dan Zain terus kekal hingga akhir hayat....









sweetttt gilossssssss :)


 Kredit gambar kepada Facebook FotoCantikStudioInstagram AnnasEaskey,Instagram CarlosNizam dan BeautifulNara :)


TAHNIAH sekali lagi buat Che Ta & Zain :)

0

KAMI SAYANG SABASUN


Assalamualaikum....
pegghhh.. dah lama giler aku tak update blog.. sibuk je memanjang.. lappy aku pulak tertinggal kat umah kakak aku.. pastu x pegi2 ambik.. MALAS.. hahaha.. nasib baik ade hamba Allah yang bernama Ehsan nie bg pinjam lappy dia untuk aku buat esaimen n update blog... 

Aku nak habaq mai skit tentang Sabasun.. korang tau x sabasun tu apa? bukan Sabun ok... hahaha..Sabasun nie adalah satu perniagaan hyperruncit muslim bertapak di Terengganu..tp hari tu ade krisis antara Sabasun n MBKT..

 Lets pray for Sabasun.. Dari kecik sampai skrg aku duk shopping kat Sabasun nie.. Nak tau knpa? Sabasun adalah satu2nya perniagaan yang berkonsepkan Islam dan bukan mengaut keuntungan semata-sama.. Barang2 murah,berkualiti dan dijamin halal.. Sabasun jugak adalah satu2nya perniagaan yang memboikot barang2 Yahudi.. Pekerja sabasun semua muslim dan tidak ada seorang pun warga asing yang bekerja katsana.. Pekerja2 wajib menutup aurat dan solat.. Tiada pekerja wanita berlengan pendek, berbaju sendat,apatah lg tidak bertudung.. Dgn persekitaran islamic dgn alunan ayat2 al-quran,zikir dan nyasid membuatkan aku rasa tenang nak p shopping kat sana.. Sabasun jugak buat tabung amal palestin untk saudara seislam kita di palestin.. Aku pernah kerja kat sini.. Sangat best kerja kat sini.. Ayuh doakan agar tapak Sabasun tidak diambil oleh pihak yang sangat zalim dan menindas org islam untuk berniaga dan mencari rezeki yang halal.. #KamiSayangSabasun#SelamatkanSabasun #LoveSabasun

ha ni la cawangan terbaru Sabasun....



ni pintu masuk Sabasun cawangan lama di Bukit Kecil



lets Save Our Sabasun :)

0

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?


Tolong baca sampai habis. Sy pun tersentuh membaca
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang
bekerja dengan wajah yangletih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan? kan ayah dah
bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar
kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kitke sekolah atau kolej untuk belajar..Di saat kita
memerlukan macam- macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkandahi tanpa menolak, beliaumemenuhinya..

Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita? Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kitadari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagikuat untuk menjaga kita.. Itulah pengorbanan seorang ayah..

apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan
ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang
paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah,tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium
pipi ibu, ayah hanya tersenyummelihat.. Tahukah kita yang kita
telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak
mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamulupa
masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??
# fikir-fikirkan lah wahai anak2 .""
SAYA MENYAYANGI AYAH dan IBU LEBIH DARI SEGALANYA  
@-}--
<3  




#CopyPaste
Back to Top