0

Hang Out with My Buddyzz Yeahhh!!!!

Salam... Hai korang.. Minggu lepaskan aku ber 'hang out' ngan buddyz2 AKA classmate aku time matrik dulu...perghhhhh xyah ckp la pasal rindu... Rindu giler2 kot.. Dah 4bulan kitaorg x berjumpa n menggila bersama.. So hari Jumaat minggu lepas mula2 aku p teman kwn aku Hafiz p interview UEM Scholarship kat mercu UEM.. Mmg agak gempak kot interview tu... Then lepas asar kitaorg gerak ke MidValley untk jumpa kwn2 aku...

Yg datang ptg tu Haziq, Fatin, Hafiz, aku  n Amal... Kitorg leypak..jalan2 makan... Melepaskan rindu... terubat hati walaupun xsemua family A6T8 datang.. :)



 *Fatin, Amal, Hafiz, Haziq* will gonna miss uolsss

bile kluar comfirm lapar kan.. Dah la aku ni kuat makan.. jom makan hahaha... keje aku makan..makan dan makan..
benda alah nie org panggil Kimchi Jjigae (Korean Food) hanya di MidValley


 yeahhh shizzling :)


haha nie classmate aku yg gila jgak... amal namanya..tp kitaorg panggil Yuna KMP sebab muka dia ala2 yuna hahahah... kitaorg pantang jumpa camera.. pasti keje snap2 jee... lecturer ngaja kat depan kitaorang duk photoshoot kat blkg (adik2 jgn tiru aksi ini okk) hehehe...

ok bye.. wassalam :)
0

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?


Tolong baca sampai habis. Sy pun tersentuh membaca
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang
bekerja dengan wajah yangletih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan? kan ayah dah
bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar
kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kitke sekolah atau kolej untuk belajar..Di saat kita
memerlukan macam- macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkandahi tanpa menolak, beliaumemenuhinya..

Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita? Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kitadari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagikuat untuk menjaga kita.. Itulah pengorbanan seorang ayah..

apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan
ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang
paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah,tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium
pipi ibu, ayah hanya tersenyummelihat.. Tahukah kita yang kita
telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak
mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamulupa
masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??
# fikir-fikirkan lah wahai anak2 .""
SAYA MENYAYANGI AYAH dan IBU LEBIH DARI SEGALANYA  
@-}--
<3  




#CopyPaste
0

Happy BornDay *Sweet 19*

*happy besday to me**happy besday to me**happy besday to me*

Alhamdulillah... semalam, hari rabu 25 SEPTEMBER 2013 umurku sudah mencecah 19tahun..masih diberi peluang untuk mencari bekalan didunia an akhirat... eh dah tua? omaigad omaigad masih muda lagi ok..hahaha tepat jam 0.00 Wana AKA Cik Noh call wish besday kat aku..terharu giler sebab dier org pertama yang wish besday kat aku.. wahhh.. sayang ciknoh hehehe... pastu family n taqi call wish besday.. yeah haha ..

* Thanx kepada semua yang wish bestday aku kat FB, Twitter, Insta, Weechat n mane2 je lah.. sayang korang... <3 *


haha pagi tu apih bg hadiah kat aku... even dia da minum lebih dari separuh..tinggal suku je tp happy la sebab budak gedik nie org first bg hadiah kat aku hahahahaha... -,- thanx apih


Semalam jugak lecturer Ekonomi batalkan lecture.. wah mcm tau2 je besday aku.. so boleh balik tidow n tidow kroh kroh dalam blik sebab aku da start bercutii huhuhu *heaven*... hahahaha

kbye wassalam :)

0

Kehidupanku Sebagai Mahasiswa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hmm setelah sekian lama aku build up blog nie baru sekarang nak post entry2 hehe..sorry2.. Aku nak cerita skit tentang kehidupanku sebagai seorang mahasiswa... lepas je habis matrik, alhamdulillah dpt result yang sangat memberansangkan bagi aku.. so bercuti la selama lebih kurang 4bulan sebelum smbung degree..

11 julai 2013 result UPU keluar... perrghhh... takut gilerrr time nak check tu.. Alhamdulillah.. aku dpt pilihan pertama 
 UKM-IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
Happy giler2.. tercapai gak hasrat aku nak masuk UKM.. n tahun kedua boleh pilih samada nak teruskan dgn kos bisnes or tukar ke IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN..  tadaaaaa :) 



Alhamdulillah aku jgak ditawarkan 2 biasiswa sebelum masuk ke UKM ... setelah fikir masak2 sampai ranum.. aku pilih SIME DARBY.. 


thanx Yayasan SIME DARBY sebab sudi nak taja degree saya ni.. InsyaAllah aku akan gunakan peluang yang ada ini dgn sebaik mungkin untuk dptkan segulung IJAZAH KELAS PERTAMA.. AMINNN

ok la... cukup la stakat tu.bye wassalam... hehe :)


0

Welcome To My Blog :)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Is KelabuEkzos. sebenarnya  ini adalah blog kedua untuk tujuan tugasan bagi EPPD1063 Set1 Sem 1 20132014 APLIKASI KOMPUTER. diharap blog ini dpt memberi info dan mencerikan hidup anda...

sekian, wassalam.. :)
Back to Top