Playboy Itu Suami Aku

Assalamualaikum.. 

hai semua... korang.. korang.. korang.. korang  tgk x drama yang sdg hot dalam slot Akasia skrg.. tajuk drama tu "PLAYBOY ITU SUAMI AKU" yang ditayangkan setiap hari isnin-khamis jam 7 malam.. 7 malam??? ha... pastikan korang solat maghrib dulu baru tgk drama nie tau.. hahaha... best citer nie.. mula2 aku x nak tgk.. tp bila dah balik umah then aku tertengok... terasa nak tgkkk je keje.. hahaha.. *ok.. mengarut*..drama nie sweetttt sgtt.... n sedar x sedar pejam celik xpejam pon xper, hari ni da episod 24.. dah nak hbis da drama nie...

ni sinopsis drama Playoboy Itu Suami Aku:
Mengisahkan Afina, seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian seorang playboy.Pelbagai perkara terjadi diawal perkenalan mereka berdua. Ibu Adrian tertarik dengan penampilan Afina maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan ingin menarik diri .Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Perkara yang tidak diduga berlaku, Afina telah terlibat dalam kemalangan. Semuanya mula berubah. Apakah yang berlaku kepada pasangan ini?




OST Playboy Itu Suami Aku - Encik Mimpi - Rindukanlah




0

Last Lecture For Math for Economics n Business

Last lecture Math for economics n business with Dr Hazrul.. Dr yang paling cool n sporting habisss.... Mmg best gilerrrr.. Harap Dapat jumpa Dr lg Untuk sem yang akan datang... Cuba teka mana satu Dr hahaha



0

Kempen Perangi Denggi



Apa itu Demam Denggi
Demam denggi adalah disebabkan oleh Virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.
Tanda dan Gejala
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti :
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Apakah akan terjadi sekiranya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada Demam Denggi Biasa atau Demam Denggi Berdarah yang boleh membawa maut.
Demam Denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :-
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah perlu dilakukan untuk mencegah Demam Denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah Demam Denggi:
  • Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    1. Membuang bekas yang boleh menakung air
    2. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
    3. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
    4. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    5. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  • Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  • Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti :
    1. Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    2. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    3. Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar sewaktu keluar rumah
    4. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup


sumber: MBKT

0

Hela's Family Day Out

salam.. hai semua.. nie kisah Hela's Family Day Out kat pantai Port Dickson.. best gilerrr. aku malas nak taip panjang2.. korang layan je la gmbr2 kat bawah.. hehehehe

muka2 excited nak naik banana boat


awekssss hehe



 Hela's Castle





Hela's Family






HELA



permandangan pantai

yeah.. banana boat...






jejaka-jejaka tampan








0

Hiking Broga

Wonderful Moments hiking Broga Hill with my friends...
Hiking the hill maybe a little tough, But when I reached the top, all effort pays



Subhanallah.. Such a Great Sunrise at Broga Hill














p/s: penat gilerrrr tp best.. hahahahaha :)
0

Kerjaya Sebagai Akauntan






Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwalperakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

Keterangan Tugas akauntan

 Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

 Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

 Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

 Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

 Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

 Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

 Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

 Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

 Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

 Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

 Akauntan

 Juruaudit

 Akauntan, Kos

 Akauntan, Cukai

 Bendahari

 Setiausaha Syarikat

 Juru Perunding

 Penolong Akauntan

 Kerani Akaun


Ciri-Ciri Peribadi

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.
Prospek Kerjaya seorang akauntan

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan. 




sumber: Tips Kerjaya

Back to Top